Wednesday, January 15, 2014

TRIAL & ERROR dalam mewujudkan Daulah Islam.



"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah kepimpinanya adalah sebaik- baik pasukan." Hadis direkodkan oleh Ahmad bin Hanbal dalam Al-Musnad. Ini adalah apa yang dijanjikan Nabi akan pembebasan Kota Konstantinopel.

Lebih kurang 10 percubaan dari tahun 654M di bawah kepimpinan tentera Muawiyah bin Abi Sufyan di zaman Khalifah Usman bin Affan, dan akhirnya Kejayaan menawan Kota Konstantinopel pada tahun 1453M ketika pemerintahan Sultan Muhammad al Fateh.

Kejayaan ini bukanlah diraih dengan mudah. Beberapa percubaan untuk menawan kota ini dilakukan oleh tentera Islam tetapi gagal. Antara rahsia kejayaan tentera al Fateh ialah menyelarikan cara dan akidah perjuangan jihadnya berlandaskan Al Quran & sunnah Nabi serta jalan sahabat.

Contohnya ketika Sultan Muhammad al Fateh memasuki jantung Kota Konstantinopel dan memberikan pengajaran kepada kristian barat mengenai erti keadilan dan kasih sayang yang sebenarnya. Inilah yang dikatakan selari dengan cara jihad yang ditegaskan oleh Abu Bakar As Siddiq ketika berpesan kepada tentera Islam dalam memperlakukan orang Rom iaitu
'jangan berlaku khianat ke atas mereka,jangan berlebih lebihan dan melampaui batas,jangan ingkar janji,jangan mencingcang mayat,tidak membunuh anak-anak kecil,orang tua dan wanita. Jangan menebang pohon-pohon kurma,jangan membakar dan menebang pohon yg sedang berbuah. Tidak menyembelih unta,kambing kecuali untuk diberi makan. Jika melihat orang yang ke tempat ibadahnya setiap hari,biarkanlah dan jangan diusik. Serta mengucapkan Bismillah ketika berangkat ke medan perang.

Jika kita fikir mudahnya untuk kita mendirikan sebuah daulah tanpa perancangan yang rapi,kita adalah silap. Usaha demi usaha dilakukan sebelum ini untuk menegakkan Daulah Islam seperti yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad s.a.w akhirnya berjaya dilakukan oleh al Fateh. Oleh itu kita harus persiapkan diri dengan mengikut Al quran,sunnah. Semaikan bersama rahsia perjuangan para sahabat dan pejuang Islam. Janganlah kita terlalu ghairah untuk tegakkan daulah dengan cara mengangkat senjata sahaja , sehingga kita lupa perlunya strategi yang rapi,hubungan diplomatik dan lain2 strategi.Wallahu'alam.
 

No comments:

Post a Comment