Wednesday, January 1, 2014

Pertempuran di Sudan Selatan


JUBA 31 Dis. - Pemberontak di Sudan Selatan, hari ini melancarkan serangan ke atas tentera kerajaan untuk menguasai bandar Bor, sekali gus tidak mengendahkan usaha antarabangsa untuk melaksanakan gencatan senjata.
"Pertempuran berlaku pada pagi tadi di Bor... kami sedang menunggu maklumat selanjutnya," kata jurucakap tentera, Philip Aguer kepada AFP.
Minggu lalu, tentera berjaya menawan semula bandar itu daripada pemberontak dalam pertempuran selama lebih dua minggu.
Beribu-ribu penduduk meninggalkan kawasan itu kerana bimbang pemberontak melancarkan serangan balas terhadap pasukan tentera.
Pertempuran ganas dilaporkan berlaku dalam kawasan strategik penghasilan minyak di ibu negeri wilayah Jonglei, kira-kira 200 kilometer dari utara Juba. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140101/lu_06/Pertempuran-di-Sudan-Selatan#ixzz2p6FBwgiT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment