Thursday, January 16, 2014

Pistol buatan India dikecam


Imej menunjukan bentuk pistol yang dihasilkan kerajaan India khas untuk wanita, yang diberi nama Nirbheek. - AGENSI
NEW DELHI 15 Jan. - Kerajaan India melancarkan pistol yang direka khas untuk golongan wanita, model pertama seumpamanya, namun nama yang diberikan untuk senjata itu telah menerima kritikan hebat daripada orang ramai.
Model pistol itu, digelar Nirbheek bermaksud berani atau ditakuti.
Nama itu diberikan sebagai memperingati Nirbhaya yang menjadi mangsa rogol sekumpulan pemuda di India pada Disember 2012.
Pengasas Pertubuhan Manipur Women Gun Survivors Network, Binalakshmi Nepram, secara tegas membantah penjualan senjata berkenaan.
Katanya, pistol itu dihasilkan oleh Kilang Senjata India (IOF) di Kanpur, Uttar Pradesh yang merupakan sebuah kilang milik Kementerian Pertahanan India.
Beliau memberitahu akhbar The Independent bahawa bantahan itu mempamerkan satu kebencian terhadap memori hitam membabitkan kes rogol ke atas Nirbhaya.
Pistol model bore .32 itu berharga 122,360 rupee (RM6,517). Harga itu secara purata berjumlah satu pertiga daripada gaji tahunan bagi seorang pekerja biasa di India.
Pistol tersebut diperbuat daripada titanium-alloy, dan IOF berkata, pistol berkenaan telah pun menerima 80 petanyaan - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140116/lu_05/Pistol-buatan-India-dikecam#ixzz2qX3sJUxJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment