Thursday, January 16, 2014

RM3,284 bagi bayi lahir pada Maulidur Rasul


2014/01/16
Moscow: Pemimpin Republik Chechnya di selatan Russia Isnin lalu mengumumkan pertubuhan kebajikan itu akan membayar AS$1,000 (RM3,284) kepada keluarga yang menamakan anak mereka yang lahir pada hari sambutan Maulidur Rasul sempena Nabi Muhammad.

Maulidur Rasul disambut Isnin lalu, di Chechnya.


Presiden Ramzan Kadyrov, berkata pertubuhan akan membayar nilai berkenaan kepada bayi yang lahir pada hari Maulidur Rasul dan dinamakan Muhammad, satu salah seorang isteri Rasulullah, anak atau 10 sahabat yang dijamin syurga.

Pembiayaan peribadi

Idea itu datang daripada ibu Kadyrov, Aimani Kadyrova, yang membiayai badan kebajikan itu secara peribadi.

Beliau tidak menyatakan sama ada bayi di luar wilayah itu layak menerima ganjaran berkenaan.

Ekonomi Chechnya yang pernah bergolak, kini di bawah kawalan ketat Kadyrov, amat bergantung kepada subsidi dari Moscow.
Kerajaan Chechen sebelum ini menentang tuduhan salah guna wang untuk projek mewah seperti pembinaan masjid terbesar Russia di ibu negara wilayah itu, Grozny. - AGENSI

No comments:

Post a Comment