Tuesday, January 14, 2014

PULUHAN RIBU 'TUTUP' BANGKOK

PULUHAN RIBU 'TUTUP' BANGKOKGambar bawah; Suthep makan tengah hari di atas jalan raya bersama penunjuk perasaan di Bangkok ketika mengadakan demonstrasi semalam. - Foto REUTERS

Tembakan dilepaskan ke arah ibu pejabat Parti Demokrat; seorang anggota keselamatan pihak penunjuk perasaan cedera ditembak

Bangkok: Puluhan ribu penunjuk perasaan pembangkang Thailand melancarkan usaha 'menutup' ibu negara, menawan persimpangan utama di bandar raya itu dalam kempen menyingkirkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Penunjuk perasaan mahu beliau meletak jawatan untuk memberi jalan kepada kerajaan yang dilantik yang akan memantau pembaharuan pilihan raya untuk mengekang penguasaan politik keluarganya yang bertaraf hartawan dan menangani budaya politik wang.

Protes mungkin berlarutan sehingga seminggu.

No comments:

Post a Comment