Sunday, January 5, 2014

Siasat secara adil


Siasat secara adil

5 Januari 2014

Kumpulan anti kerajaan masih berhimpun mendesak peletakan jawatan Erdogan. Gambar kecil: Abdullah Gull

ISTANBUL - TURKI. Badan kehakiman yang mempunyai pengaruh kuat daripada pergerakan Fethullah Gulen diberi amaran supaya menyiasat kes tuduhan rasuah melibatkan kakitangan awam secara adil.

Presiden Turki, Abdullah Gul berkata kepada Agensi, tindakan ini penting bagi meyakinkan rakyat bahawa badan kehakiman di negara itu masih relevan.
“Sesiapa sahaja boleh bekerja di institusi kerajaan, tentera atau badan kehakiman tetapi mereka perlu mematuhi undang-undang dan perlembagaan.

“Sekiranya didapati mereka mempunyai kaitan dengan kuasa luar untuk memburukkan negara ini, saya tidak teragak-agak untuk mengusir mereka,” katanya.

Ketika ini, pelbagai usaha dilakukan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdoğan.

Erdogan dan Gulen sebelum ini dikatakan sekutu kuat dalam usaha membangunkan Turki dan mengukuhkan pentadbiran secara Islamik.

Bagaimanapun, konflik tercetus selepas Erdogan menuduh Gulen cuba menggulingkannya dengan cara melakukan siasatan terhadap tuduhan rasuah sehingga beliau terpaksa merombak kerajaan baru.

No comments:

Post a Comment