Saturday, February 8, 2014

Isteri serang suami guna roti bakar dan mentega



SEKEPING roti bakar 
bersama mentega - Gambar hiasan.


CHELTENHAM, England - Seorang isteri didakwa menyerang suaminya menggunakan roti bakar dan mentega.
Perbalahan bermula apabila Julie Evans, 45, menyiram air ke atas suaminya James, yang sedang tidur di sofa selepas berulang kali meminta lelaki itu melakukan kerja rumah.
Pertengkaran mereka berlanjutan hingga keesokan harinya apabila pasangan tersebut duduk semeja untuk bersarapan.
"Wanita itu kemudian memarahi suaminya sebelum membaling roti bakar ke arah lelaki itu.
"James mahu beredar kerana menganggap isterinya memperbesarkan perkara remeh tetapi wanita itu mengambil segenggam mentega lalu melumurkan ke muka suaminya," kata pendakwa raya Theresa Perry.
"James pula cuba untuk melumurkan sebahagian mentega itu di belakang isterinya tetapi mereka jatuh ke atas lantai semasa pergelutan tersebut," Tambahnya.
Lelaki itu mengalami kecederaan belakang manakala telinganya koyak menyebabkan dia terpaksa menerima 13 jahitan susulan insiden tersebut.
Bagaimanapun, Julie tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyerang suaminya dengan melakukan perbicaraan kes itu akan disambung semula di Mahkamah Majistret Cheltenham di sini pada Julai hadapan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0208&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2sh4E1qFG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment