Saturday, February 8, 2014

Pengarah filem didenda RM4 juta kerana ada tiga anak


Agensi 
YIMOU (kanan) dan isterinya, Chen Ting bersama tiga anak mereka.


BEIJING - Pengarah filem terkenal China, Zhang Yimou dan isterinya membayar denda lebih AS$1.2 juta (RM4 juta) semalam kerana mempunyai tiga orang anak sekali gus melanggar dasar satu keluarga satu anak yang dikuatkuasakan di China.
Satu notis di pejabat perancang keluarga daerah Wuxi, selatan China menunjukkan denda tersebut telah dibayar secara tunai dan wang berkenaan telah diserahkan kepada Perbendaharaan Negara.
Pada tahun lalu, terdapat khabar angin bahawa Yimou, 63, dan isterinya Chen Ting, 32, mempunyai lebih daripada seorang anak sekali gus melanggar undang-undang negara itu yang hanya membenarkan seorang anak untuk satu keluarga.
Jurucakap Yimou kemudiannya mengesahkan beliau mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan serta akan bekerjasama dengan siasatan pihak berkuasa.
Pihak berkuasa China kemudian mendenda pasangan itu sebanyak AS$1.2 juta (RM4 juta).
Lazimya, denda dan bukan hukuman penjara biasa dikenakan terhadap keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak.
Yimou merupakan salah seorang pengarah terkenal di China dan mengarahkan beberapa buah filem popular seperti ,Hero, House of Flying Daggers serta The Flowers of War yang dibintangi aktor Hollywood, Christian Bale.
Beliau juga mengarahkan majlis pembukaan dan penutup Sukan Olimpik Beijing pada 2008. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0208&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2sh39XHDU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment