Sunday, March 16, 2014

Thailand didesak lindungi 200 etnik Islam Uighur


Bangkok: Thailand semalam didesak supaya memberi perlindungan kepada sekumpulan 200 orang etnik Islam Uighur yang diselamatkan daripada sebuah kem penyeludupan manusia.

Kumpulan pemerhati yang berpejabat di New York, Human Rights Watch dalam satu kenyataan juga menggesa supaya pihak berkuasa Bangkok tidak menghantar pulang kumpulan berkenaan ke China secara paksa.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 78 lelaki, 60 wanita dan 82 kanak-kanak ditemui di dalam ladang getah di wilayah Songkhla beberapa hari lalu dan mulanya disangka rakyat Turki.

Ketua Polis Imigresen Lt Jeneral Panu Kerdlarppol berkata, pegawai kedutaan Turki dan China melawat kumpulan berkenaan.

Kumpulan itu bagaimanapun enggan bercakap dengan pegawai China.

- Agensi

No comments:

Post a Comment