Wednesday, May 28, 2014

‘Kembalikan kuasa rakyat!’


Mereka antaranya terdiri daripada guru, pemandu pelancong dan perunding kewangan yang bergabung dengan penunjuk perasaan antikudeta lain.
Mesej mereka kepada junta tentera adalah mudah - kembalikan kuasa rakyat.

Disatukan oleh media sosial, mereka berkumpul tanpa sebarang pimpinan ketua dan mula kelihatan dalam tempoh 24 jam selepas Jen Prayuth Chan-ocha merampas kuasa daripada kerajaan awam pada 22 Mei lalu.
Ketika sesetengah pihak mengaku secara terbuka menjadi penyokong Baju Merah, pihak yang lain pula menjarakkan diri daripada label berkenaan.
Foto
BEKAS Menteri Pelajaran Thai, Chaturon Chaisang ditahan tentera di Kelab Wartawan Asing di Bangkok, semalam.

Perunding kewangan, Meem, 27, berkata, dia tidak bersetuju dengan sesetengah elemen kerajaan Yingluck Shinawatra, tetapi mempertahankan haknya untuk mengundi.

“Apa yang berlaku kini adalah antara benar dan salah, bukan mengenai Thaksin,” katanya merujuk kepada abang Yingluck dan bekas Perdana Menteri itu sebelum digulingkan tentera pada 2006.

Kata Meem, semua pihak menguar-uarkan Thai sebagai negara demokrasi.
“Namun, akhirnya ia ditadbir tentera,” kataya.

Jumlah penunjuk perasaan memuncak kepada kira-kira 1,000 orang pada Ahad apabila seorang pemimpin Baju Merah - yang dikehendaki tentera - dijadual muncul di tengah Bangkok.

Guru, Yim, 59, mengakui dia bimbang dengan keselamatannya ketika hadir dalam perhimpunan itu.
“Namun, saya perlu berada di sini,” katanya.

- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/28

No comments:

Post a Comment