Sunday, June 22, 2014

3 negara pusat seludup manusia terburuk


2014/06/22 - 02:31:24

Washington: Amerika Syarikat kelmarin menyenaraikan Malaysia, Thailand dan Venezuela sebagai pusat penyeludupan manusia terburuk dunia, sekali gus membuka ruang bagi negara-negara terbabit dikenakan sekatan dan meletakkan ia dalam kategori sama dengan Korea Utara dan Syria.

Ketigatiga negara itu diturunkan taraf kepada status ‘Tier 3’ yang paling rendah dalam Laporan Penyeludupan Manusia 2014 Jabatan Negara Amerika kerana tidak mematuhi sepenuhnya piawaian minimum bagi penghapusan jenayah itu.

Tiada usaha mencukupi Ia menyatakan Malaysia tidak melakukan usaha mencukupi memperbaiki rejim perlindungan mangsa yang kurang berkesan, dan cuma menyiasat segelintir kes berbanding pada 2012.

Thailand, salah satu sekutu perjanjian Washington yang paling lama di Asia, meluahkan kekecewaan berhubung laporan itu. Pegawai menyatakan keyakinan negara mereka akan dinaikkan taraf, dan menyerahkan laporan 78 muka surat kepada Amerika April lalu bagi menjelaskan keadaan.

Pemangku Menteri Luar Thai, Sihasak Phuangketkeow, meminta Amerika mempertimbangkan semula penilaian itu, sambil berkata kategori berkenaan ditujukan kepada negara yang tidak berbuat apaapa. - Reuters

No comments:

Post a Comment