Saturday, June 14, 2014

Kembar siam Nurul-Rahma dipisahkan 21 Jun ini


SEORANG doktor melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas kembar siam, Nurul dan Rahman yang digendong ibunya, Sika Jayanti di Hospital Dr. Soetomo dekat Surabaya, baru-baru ini.
SURABAYA, Jawa Timur - Kira-kira 100 pakar bedah di Hospital Dr. Soetomo di sini akan menjalankan pembedahan bersejarah bagi memisahkan bayi kembar siam yang berasal dari Banyuwangi pada 21 Jun ini.
Kembar siam terbabit iaitu Nurul dan Rahma merupakan anak pasangan Sika Jayanti, 23, dan Yuda Winarno, 23, dilahirkan pada tahun lalu dengan keadaan badan bayi itu bercantum di bahagian dada sehingga ke perut.
Ketua pasukan bedah Hospital Dr. Soetomo, Dr. Agus Harianto berkata, semua pakar bedah yang terlibat dalam operasi berkenaan sebulat suara untuk melakukan pembedahan terbabit selepas mendapati tahap kesihatan bayi kembar itu yang baik.
Malah jelasnya, kembar Nurul-Rahma baru sahaja selesai menjalani pemeriksaan jantung beberapa hari lalu dan pasukan bedah juga telah menjalani latihan melalui pembedahan ke atas model patung kembar siam.
"Bayi kembar tersebut sudah bersedia, begitu juga dengan pasukan pakar bedah untuk melakukan pembedahan bersejarah berkenaan pada 21 Jun ini.
"Kami akan cuba meminimumkan sebarang risiko yang boleh membahayakan nyawa Nurul dan Rahma ketika pembedahan selain berdoa kepada Tuhan agar operasi berkenaan berjalan dengan lancar," katanya kepada tribunnews.com.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140614/lu_12/Kembar-siam-Nurul-Rahma-dipisahkan-21-Jun-ini#ixzz34ZGFL76I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment