Friday, June 27, 2014

Khalid tewas tempat sendiri


2014/06/27 - 05:17:52

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pasukan yang dibentuknya di Cabang Kuala Selangor tewas pada pemilihan semula di cabang berkenaan, pada Sabtu lalu.

Menteri Besar Selangor itu tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam dengan majoriti 186 undi apabila sekadar memperoleh 515 undi dalam persaingan merebut jawatan ketua cabang. Difahamkan pasukan Khalid turut tewas bagi jawatan Ketua Wanita dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kuala Selangor.

Bagaimanapun Khalid menang bagi jawatan Timbalan Presiden apabila meraih 517 undi, meninggalkan penyandang jawatan itu, Mohamed Azmin Ali dengan 440 undi, manakala Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sekadar memperoleh 50 undi.

Terkejut terima keputusan Manickavasagam yang mengakui terkejut dengan keputusan itu berkata, beliau boleh dianggap ‘giant killer’ kerana pernah dilabelkan sebagai calon bukan pilihan.

Beliau yakin kekalahan Khalid di cabang itu berpunca daripada kegagalan pemimpin berkenaan untuk turun padang meninjau permasalahan rakyat.

Katanya, Khalid bukan saja tewas bagi jawatan ketua cabang, malah pasukannya yang bertanding untuk beberapa jawatan turut menerima nasib sama.

“Kekalahan Menteri Besar Selangor di cabang ini kerana beliau tidak turun padang, macam mana hendak menang jika jarang melawat kawasan. Saya sudah cakap awal-awal, kalau wakil rakyat hendak memenangi hati penduduk, mereka perlu selalu turun padang.

No comments:

Post a Comment