Tuesday, June 24, 2014

Rayuan Gereja Katolik ditolak



MAHKAMAH Persekutuan di Putrajaya semalam menolak rayuan Gereja Katolik untuk menarik balik larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan The Herald.


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan semalam menolak kebenaran bagi Gereja Katolik merayu kepada mahkamah itu untuk menarik balik larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah yang dirujuk sebagai Tuhan dalam penerbitan mingguan The Herald versi bahasa Malaysia.
Panel yang dianggotai tujuh hakim dan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria itu membuat keputusan dengan majoriti 4-3 menolak permohonan gereja itu.
Arifin dalam penghakimannya berkata, Mahkamah Rayuan telah melakukan ujian yang betul iaitu terhadap tujuannya dan oleh itu keputusan Mahkamah Rayuan adalah juga betul untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Terdapat empat penghakiman, satu daripadanya disampaikan oleh Arifin dan dipersetujui oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar menolak permohonan kebenaran merayu gereja itu.
Sementara itu, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha memberikan hujah bertentangan yang memihak kepada gereja berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz35VUbDrPR 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment