Monday, June 23, 2014

Sting tidak wariskan harta kepada anak


Sting (dua dari kanan) bergambar dengan tiga orang anak perempuan dalam satu acara baru-baru ini. - Agensi
LONDON 22 Jun - Penyanyi rock terkenal, Sting mengumumkan bahawa anak-anaknya tidak akan mewarisi kekayaannya yang bernilai 180 juta pound (RM580 juta).
Sebaliknya, penyanyi itu berkata, anak-anaknya perlu berusaha sendiri bagi memperolehi kekayaan seperti yang dilakukannya.
Sebelum muncul sebagai seorang bintang rock yang berjaya, dia dibesarkan dalam keluarga yang miskin.
Bekas penyanyi kumpulan rock The Police itu, atau nama sebenarnya Gordon Sumner membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan kepada akhbar Daily Mail menyatakan bahawa anak-anaknya perlu berusaha sendiri dan tidak boleh berharap kepada kekayaan yang dimilikinya.
Menurut Sting, dia berharap tiga anak lelaki dan tiga anak perempuannya akan bekerja keras dan dia tidak akan mewariskan banyak harta kepada mereka.
Sting, 62, yang masih perlu membayar gaji kepada lebih 100 orang pekerjanya itu berkata; "Saya beritahu (anak-anak saya) tiada banyak harta yang akan diwariskan kepada mereka, kerana saya perlu membelanjakannya! Saya mempunyai banyak komitmen. Wang yang dimiliki akan dibelanjakan dan tiada banyak yang masih tinggal".
"Mereka (anak-anak saya) perlu bekerja. Semua mengetahui tentang perkara itu dan mereka jarang meminta apa-apa daripada saya. Saya menghormati sikap mereka itu dan menghargainya.
Sting bukan satu-satunya selebriti yang mengharapkan anak-anaknya berdikari.
Chef selebriti, Nigella Lawson juga pernah berkata yang serupa kepada anak-anaknya beberapa tahun lalu; "Saya berazam bahawa anak-anak saya tidak akan memiliki harta saya untuk diwarisi sebagai jaminan kehidupan. Ia akan merosakkan mereka untuk berusaha mencari wang."


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140623/lu_08/Sting-tidak-wariskan-harta-kepada-anak#ixzz35PTVtJGc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment