Thursday, June 5, 2014

Tender terbuka cari MH370


Gambar bertarikh 9 April lalu, menunjukkan pegawai tentera China dari kapal Pemusnah Peluru Berpandu Haikou (DDG-171), menaiki bot dalam misi pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi. - AFP
SYDNEY 4 Jun - Biro Kese-lamatan Pengangkutan Australia (ATSB) hari ini mengeluarkan tender terbuka bagi mengendalikan pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di dasar laut, bermula Ogos ini.
Salinan tawaran tender terbuka itu boleh didapati menerusi laman web AusTender, www.tenders.gov.au. dan tarikh tutup permohonan adalah pada 5.30 petang waktu Australia (3.30 petang waktu Malaysia), 30 Jun ini.
Menurut biro itu, syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan akan dilantik sebagai kontraktor utama di bawah arahan ATSB bagi mencari pesawat itu yang dijangka mengambil masa selama 12 bulan.
Jelas biro itu, syarikat terpilih perlu mempunyai kepakaran, peralatan dan kapal yang diperlukan untuk misi pencarian MH370, serta menggunakan data penilaian bagi mengemudi zon pencarian yang mempunyai kedalaman antara 1,000 hingga 6,000 meter.
Dalam pada itu, ATSB sedang menyiasat laporan daripada se-orang kelasi kapal Britain yang mendakwa ternampak ekor pe-sawat MH370 terbakar pada malam kehilangan pesawat itu ketika dia dalam pelayaran dari Kochi, India ke Phuket, Thailand.
Kelasi berkenaan, Katherine Tee, 41, dilaporkan sedang dalam pelayaran ketika terlihat sebuah pesawat terbakar di ruang udara Lautan Hindi, namun dia tidak memberitahu sesiapa.
"ATSB menerima mesej yang melaporkan penemuan MH370 yang dipercayai terbakar di ruang udara Lautan Hindi pada malam kehilangan.
"Maklumat itu telah disampaikan kepada Kumpulan Kerja Strategi Pencarian MH370 untuk disiasat," kata seorang jurucakap ATSB.
Dalam perkembangan sama, saintis sedang menyiasat bunyi berfrekuensi rendah dalam laut yang dikesan di selatan India pada masa sama ketika pesawat MH370 menghantar isyarat satelit terakhir sebelum hilang, menurut laman web, telegraph.co.uk hari ini.
Bunyi misteri yang tidak bo-leh didengari oleh manusia itu dilaporkan dikesan oleh alat penerima kira-kira 4,800 kilometer dari pantai barat Australia, namun lokasi bunyi itu tidak selaras dengan kawasan pencarian di luar pantai Australia yang dilaksanakan mengikut analisis data satelit syarikat Inmarsat.
Saintis marin Universiti Curtin, Alec Duncan berkata, dia percaya kira-kira 25 hingga 30 peratus kemungkinan bunyi berkenaan muncul dari pesawat MH370 yang memerlukan perhatian serius.
Bunyi itu dikesan oleh alat penerima yang beroperasi di pantai Perth yang digunakan untuk me-ngawasi ikan paus dan alat penerima yang terletak kira-kira 354 kilometer di selatan Perth. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140605/lu_05/Tender-terbuka-cari-MH370#ixzz33iA4Q8N8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment