Wednesday, July 2, 2014

Harta Prabowo cecah RM431 juta


Jakarta: Calon presiden Prabowo Subianto semalam mengisytiharkan bahawa keseluruhan harta kekayaannya mencecah 1.6 trilion Rupiah (RM431 juta) dan AS$7.5 juta (RM24 juta).

“Jumlah itu terdiri daripada aset tetap iaitu empat tanah bernilai 105.8 bilion Rupiah (RM28.6 juta) selain empat aset alih terdiri daripada lapan unit alat pengangkutan bernilai 1.4 bilion Rupiah (RM386,765) Rupiah,” katanya di Komisi Pemilihan Umum, semalam.


Selain itu, aset lain hasil penternakan, perikanan, pertanian, kehutanan, perlombongan dan lain-lain merangkumi kira-kira 12.2 juta Rupiah (RM3,285 ).

Sementara itu, hasil seni dan antik miliknya merangkumi kira-kira 3 bilion Rupiah (RM808,254 ) manakala aset alih lain yang tidak diperincikan dilaporkan bernilai sebanyak 1.2 bilion Rupiah (RM329,100).


Pemimpin Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) itu juga memiliki dokumen 1.5 trilion Rupiah (RM404 juta) dan AS$7,500,000 (RM24 juta).


Selain itu terdapat juga wang tunai, simpanan dan harta setara tunai lain membabitkan lima akaun bernilai 20.4 bilion Rupiah (RM5.5 juta) dan AS$3,134 (RM10,052).

Bekas jeneral itu juga mempunyai hutang sebanyak 29 juta Rupiah (RM7,813).

“Demikian perincian harta kekayaan yang dapat saya umumkan supaya tidak digunakan sesiapa untuk dikaitkan dengan sebarang tindakan jenayah,” katanya.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

No comments:

Post a Comment