Wednesday, July 2, 2014

MH370: Penyiasat temui bukti baharu


2014/07/02 - 04:43:03
Kuala Lumpur: Pasukan penyiasat nahas udara Australia semalam mendedahkan penemuan bukti baharu berkaitan penyalahgunaan peralatan dalam kokpit pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Gangguan kuasa misteri

Pihak penyiasat berkenaan menerusi The Telegraph mendedahkan bahawa penerbangan pesawat itu mengalami gangguan ‘kuasa misteri’ pada peringkat awal penerbangan.

Pakarnya mendakwa langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.

“Unit data satelit pesawat membuat permintaan luar kebiasaan untuk ‘log masuk’ kepada sebuah satelit 90 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Permintaan log masuk di tengah penerbangan bukan perkara biasa. Analisis telah dilakukan dan ciri-ciri serta masa permintaan log masuk menunjukkan wujudnya gangguan kuasa,” menurut laporan itu.

Pakar keselamatan penerbangan dari Universiti Loughborough, David Gleave pula berkata, gangguan elektrik terhasil apabila seseorang di dalam kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.
Beliau berkata, kemungkinan ada seseorang yang ‘bermain’ dengan sistem kokpit sekali gus menyebabkan gangguan elektrik.

“Tindakan itu boleh menjadi satu gangguan yang disengajakan bagi mematikan kedua-dua enjin dalam tempoh masa tertentu.

“Jika bermain dengan sistem, anda boleh mematikan kuasa elektrik dan menghidupkannya semula ketika perlu untuk menerbangkan pesawat,” katanya.

Sementara itu, Inmarsat tidak menolak kemungkinan insiden itu tetapi masih mencari punca sebenar pesawat itu mengalami gangguan elektrik.

No comments:

Post a Comment