Thursday, July 24, 2014

MH17: Belanda mahu hantar polis kawal kawasan nahas


KIEV (Ukraine) 24 Julai - Belanda dan beberapa buah negara yang rakyatnya terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 bercadang untuk menempatkan anggota polis di kawasan kemalangan di timur Ukraine.
Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, cadangan tersebut diutarakan oleh Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bagi memastikan keselamatan kawasan terbabit terjamin dan bakal memudahkan penyiasat antarabangsa menjalankan siasatan mencari punca nahas berlaku.
"Rutte bersama Australia dan beberapa buah negara lain mahu menghantar anggota polis ke Ukraine di bawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," jelasnya.
Kumpulan pertama mayat nahas MH17 berlepas meninggalkan negara ini menuju ke Belanda hari ini, selepas pemberontak yang mengawal kawasan nafas membenarkan mayat dibawa keluar dari tempat kejadian.
Menurut pemerhati antarabangsa, kumpulan pertama penyiasat antarabangsa sudah tiba ke kawasan kejadian semalam dan mendapati serpihan kapal terbang berkenaan telah diubah dan dipotong.
Kumpulan pemberontak bertindak menyerahkan kotak hitam kepada pakar Malaysia dan data perakam sudah dihantar ke Britain untuk didekripsi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140724/lu_01/MH17-Belanda-mahu-hantar-polis-kawal-kawasan-nahas#ixzz38KlVQ6s8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment