Monday, August 11, 2014

65 mangsa MH17 sudah dikenal pasti di Belanda



AFP
ANGGOTA-ANGGOTA kumpulan pasukan penyiasat tragedi MH17 tiba di Pangkalan Udara Eindhoven, Belanda malam kelmarin.


THE HAGUE - Pakar-pakar forensik Belanda telah mengenal pasti sebanyak 65 mangsa yang terkorban dalam tragedi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang terhempas di timur Ukraine.
Pengumuman itu dibuat kerajaan Belanda kelmarin ketika anggota-anggota pasukan penyiasat telah kembali dari timur Ukraine ke negara ini.
Sebanyak 42 daripada mangsa dikenal pasti daripada cebisan mayat yang diambil daripada lokasi pesawat MH17 terhempas dekat kampung Grabovo.
Operasi mencari cebisan mayat itu bagaimanapun pada masa kini terpaksa dihentikan disebabkan wujud ancaman keselamatan ekoran peningkatan pertempuran antara kerajaan Ukraine dengan kumpulan pemisah pro-Rusia.
"Daripada jumlah mangsa tersebut, sebanyak 21 merupakan warga Belanda dan 21 memiliki kewarganegaraan lain," kata Kementerian Kehakiman dalam satu kenyataan.
"Kewarganegaraan lain-lain mangsa secara terperinci tidak akan didedahkan ekoran permintaan daripada kedutaan negara mangsa-mangsa tersebut," tambah kenyataan tersebut.
Koordinator Siasatan Forensik, Arie de Bruijn pada Jumaat lalu berkata, sebanyak 176 mayat yang dalam keadaan sempurna telah dibawa ke Belanda.
Menurutnya, sebanyak 527 anggota badan mangsa turut dihantar ke Belanda.
Pesawat MAS 777 itu dipercayai meletup di ruang udara Ukraine pada 17 Julai lalu menyebabkan 298 orang penumpang dan kru terkorban.
Sebanyak 193 mangsa itu terdiri daripada warga Belanda. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3A2EvSAhg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment