Monday, August 11, 2014

Turki mengundi pilihan raya Presiden


ISTANBUL - Seramai 53 juta pengundi Turki layak mengundi semalam pada pilihan raya Presiden yang mungkin dimenangi Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.
Para pengundi itu yang terdiri daripada penduduk tempatan mengundi buat kali pertama bagi memilih seorang Presiden baharu secara langsung.
Sebelum ini, Presiden dipilih menerusi undian di Parlimen.
Erdogan, 60, yang memerintah sejak tahun 2003 berjanji akan melakukan perubahan ke atas jawatan Presiden dengan memperuntukan lebih banyak kuasa kepada pemegang jawatan tersebut jika beliau menang pada pilihan raya itu.
Beliau dijangka menang dengan mudah dengan memperoleh lebih 50 peratus undi untuk menggantikan Abdullah Gul yang bersama-sama dengannya untuk menubuhkan Parti Keadilan dan Pembangunan.
Erdogan akan berdepan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu, 70, dan ahli politik Kurids, Selahattin Demirtas, 41.
- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3A2FuGncg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment