Tuesday, October 14, 2014

50 pasangan sertai pertandingan dukung isteri



SATU pasangan suami isteri berjaya melepasi halangan kayu balak.- REUTERS


NEWRY, Amerika Syarikat – Satu pasangan kekasih, Jesse Wall dan Christina Arsenault muncul juara dalam Kejohanan Mendukung Isteri Amerika Utara yang berlangsung di sebuah resort di sini kelmarin.
Pasangan tersebut muncul juara selepas Wall berjaya mendukung Arsenault melalui halangan seperti kolam air dan meniti kayu di laluan sejauh 254 meter.
Mereka berjaya menewaskan seramai 50 pasangan yang lain untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$482 (RM 1,573).
Pasangan berkenaan juga layak menyertai pertandingan tersebut peringkat dunia yang berlangsung di Finland tidak lama lagi.
“Kami berjaya muncul juara kerana kekasih saya seorang yang kuat dan saya pula mempunyai badan yang kecil serta ringan,” kata Arsenault.
Menurut syarat pertandingan, pasangan yang belum berkahwin juga dibenarkan menyertai kejohanan tersebut. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3G4a5Bpqn 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment