Pihak berkuasa Nepal menyelamatkan seorang mangsa selepas berlaku kejadian ribut dan salji runtuh di pergunungan Himalaya.
Pihak berkuasa Nepal menyelamatkan seorang mangsa selepas berlaku kejadian ribut dan salji runtuh di pergunungan Himalaya.
KATHMANDU - NEPAL . Perdana Menteri Nepal berjanji akan menubuhkan satu sistem amaran cuaca selepas insiden ribut dan runtuhan salji di kawasan pergunungan Himalaya yang meragut 32 nyawa, kelmarin.

Sushil Koirala dalam satu kenyataan berkata, beliau berjanji akan menyediakan maklumat cuaca lebih baik di kawasan pelancongan dan menyifatkan kehilangan nyawa akibat insiden itu sebagai sangat tragis terutamanya ketika keadaan cuaca dunia kini yang boleh diperoleh setiap masa.

"Saya ingin beri jaminan bahawa kerajaan akan melakukan usaha untuk menubuhkan pusat amaran awal untuk cuaca di tempat penting di seluruh negara terutamanya di kawasan pergunungan Himalaya dan di sepanjang sungai," katanya menurut laporan AFP.

Kelmarin, salji setebal 91 sentimeter dilaporkan turun dan menjejaskan pendakian 168 pelancong asing yang mendaftar untuk menyertai ekspedisi pendakian di sepanjang litar Manang dan Mustang.