Tuesday, November 11, 2014

Hospital tak benarkan pekerja hamil


Bangkok: Tindakan sebuah hospital mengarahkan kakitangannya mengambil pil mencegah kehamilan mencetuskan kemarahan orang ramai, lapor media semalam.
Notis ditulis pada kertas bersaiz A4 dan ditampal di hospital berkenaan menyatakan, bermula 30 Oktober hingga 31 Disember 2015, semua kakitangan wanita mesti mengambil pil berkenaan.
“Kehamilan adalah dilarang. Sesiapa yang hamil akan diminta berhenti,” kata notis berkenaan.
Di bawah notis itu, lebih 25 kakitangan menurunkan tanda tangan sebagai makluman membaca notis itu.
Imej notis itu kemudian dimuat naik di Facebook dan pantas mendapat kecaman pengguna Internet. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:07 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8136#sthash.K61hCrzc.dpuf

No comments:

Post a Comment