Sunday, November 2, 2014

Pakar forensik Belanda kembali ke lokasi nahas MH17


02 November 2014 2:11 AM

SEORANG penduduk Ukraine Nadezhda, 76, berjalan di kawasan serpihan
SEORANG penduduk Ukraine Nadezhda, 76, berjalan di kawasan serpihan pesawat MH17 berhampiran Kampung Rassipnoe di timur Ukraine pada 17 Oktober lalu. – AFP

THE HAGUE 1 Nov. – Pakar forensik Belanda kembali ke lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine, semalam.
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata, pasukan forensik itu tiba di lokasi nahas bagi mengumpul cebisan mayat mangsa nahas meskipun pertempuran masih berterusan antara tentera kerajaan dan pemberontak pro-Rusia di kawasan tersebut.
“Hari ini, keadaan mengizinkan untuk pasukan kecil dari Belanda... pergi ke tapak nahas dan kita merebut peluang itu,’’ kata Rutte kepada media di sini.
Belanda mengetuai siasatan, pencarian dan mengenal pasti cebisan mayat mangsa nahas MH17 yang berlaku pada 17 Julai lalu, mengakibatkan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 193 warga Belanda terkorban.
Setakat ini, sebanyak 289 mangsa telah dikenal pasti dengan pihak berkuasa Belanda berkata, tugas menjadi lebih sukar kerana kekurangan peralatan forensik dengan hanya DNA, pergigian dan cap jari yang boleh diperolehi.
Rutte berkata, cebisan mayat mangsa yang dikumpul akan dibawa ke bandar timur Ukraine di Kharkiv untuk pemeriksaan kali pertama sebelum dibawa ke Belanda.
Pakar Belanda kembali ke lokasi nahas yang dikuasai pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine awal bulan ini, namun kerajaan Belanda berulang kali mempersoalkan bahawa mereka tidak diberikan akses penuh untuk masuk ke lokasi nahas.
“Keadaan keselamatan di lokasi nahas sering berubah-rubah. Ada hari, lokasi nahas menjadi tenang dan ia boleh bertukar menjadi medan perang,’’ katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pakar-forensik-belanda-kembali-ke-lokasi-nahas-mh17-1.19517#sthash.SP9sc2qJ.dpuf

No comments:

Post a Comment