Hishammuddin yang mengumumkan perkara tersebut berkata, jasad Allahyarham Siti Amirah Prawira Kusuma, 83, telah disahkan semalam.
“Perasaan saya bercampur-campur. Lega dan sedih. Memang saya rasa syukur.
“Tiada istiadat penghormatan di Malaysia. Keluarga meminta jasad beliau dikebumikan di Belanda,” jelas Hishammuddin pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan penutup Konvensyen UMNO Selangor 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Dengan pengesahan identiti itu, bermakna kesemua 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam nahas pada 17 Julai itu telah dijumpai.
Hishammuddin berkata, pengebumian kesemua mangsa rakyat Malaysia bertepatan dengan janji Najib untuk bertanggungjawab mencari kesemua mangsa berkenaan sebelum ini. - UTUSAN ONLINE