Tindakan mengejut yang diambil oleh Abe itu bertujuan meningkatkan sokongan rakyat terhadap Parti Demokratik Liberal pimpinannya selepas berlaku beberapa siri skandal kewangan melibatkan anggota Kabinet.
Parti Demokratik Liberal yang menguasai pentadbiran Jepun selepas Perang Dunia Kedua berkemungkinan besar kehilangan beberapa kerusi, tetapi masih mampu mengekalkan majoriti di Dewan Rendah yang mempunyai 480 kerusi keseluruhan. – AGENSI