Saturday, November 22, 2014

Ukraine: Biden bidas Putin



PRESIDEN Ukraine, Petro Poroshenko (kanan) memerhatikan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ketika membuat kenyataan selepas perbincangan di Kiev hari ini. - Foto AFP
KIEV: Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, hari ini mengutuk sikap Russia di Ukraine sebagai "tidak boleh diterima" dan menggesa ia mematuhi perjanjian damai September lalu dengan menghormati gencatan senjata dan membawa keluar angkatan tenteranya dari negara itu.
Mengajukan kenyataan itu kepada Presiden Russia, Vladimir Putin, selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, Biden berkata: "Lakukan apa yang ada sudah persetujui, Encik Putin,"
Merujuk kepada tindakan Russia menakluk Crimea pada Mac lalu dan menyokong puak pemisah di timur Ukraine, Biden, dalam kenyataan kepada media bersama Poroshenko, berkata sikap Russia adalah "pelanggaran terang-terangan prinsip asas sistem antarabangsa".
Biden berkata, Amerika Syarikat akan terus menyokong Ukraine yang demokratik tetapi tidak menyatakan secara khusus sebarang bantuan baharu.
Russia menafikan ia memberi senjata kepada puak pemisah atau menghantar anggota tentera merentasi sempadan kedua-dua negara. - Reuters

No comments:

Post a Comment