Tuesday, November 18, 2014

Ulama bantah dilabel pengganas pengganas


Agensi
Dubai: Sekumpulan ulama yang diketuai Sheikh Youssef al-Qaradawi semalam menyuarakan rasa hairan selepas dilabelkan pertubuhan pengganas oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), antara negara teluk yang melihat politik Islam sebagai ancaman keselamatan.
Dalam kenyataanya, Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa menggesa UAE menggugurkannya daripada senarai 85 kumpulan yang dinamakan Kabinet negara itu sebagai pertubuhan pengganas.
Dalam kenyataan itu yang ditandatangani bersama oleh pengerusinya, al-Qaradawi, ia tertera, tindakan memasukkan kesatuan itu dalam senarai berkenaan dibuat tanpa berdasarkan sebarang analisis atau siasatan, sama ada dari segi perundangan, logik atau rasional.
“Kesatuan menyuarakan kehairanan kerana dimasukkan dalam senarai pertubuhan pengganas dan menolak langkah UAE itu sama sekali,” menurut kandungan kenyataan itu.
Kesatuan itu berkata, tujuan kewujudannya antara lain ialah untuk meningkatkan kesedaran mengenai Islam.
Kumpulan lain yang turut tersenarai ialah Barisan al-Nusra dan Negara Islam (IS), beberapa kumpulan militan Syiah seperti pergerakan Houthi di Yaman dan Ikhwanul Muslimin Mesir yang ada hubungan rapat dengan al-Qaradawi.
Beberapa persatuan kemasyarakatan, kemanusiaan dan bantuan Islam di dunia Arab juga tersenarai.
Ketiga-tiga negara monarki yang bersekutu dengan Amerika Syarikat itu tidak mempercayai Ikhwan kerana doktrinnya yang mencabar prinsip pemerintahan diraja.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9730#sthash.NRnNDIgn.dpuf

No comments:

Post a Comment