Saturday, December 6, 2014

Christoph Mueller CEO baru MAS

Kuala Lumpur: Khazanah Nasional Berhad mengumumkan pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo) berkuatkuasa 1 Januari 2015.
Mueller yang kini memegang jawatan sebagai CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, turut dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah MAS.
Khazanah dalam kenyataan berkata, dalam masa sama, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly akan dicalonkan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah MAS namun, masih kekal sebagai CEO dan pengarah Celcom Axiata Berhad.
Pelantikan Mueller dan Shazalli dalam Lembaga Pengarah MAS dilakukan selepas pelantikan Mohd Izani Ashari sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan-Bebas pada 12 September lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 8:10 PM


FOTO Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14118#sthash.w4OKA7Wz.dpuf

No comments:

Post a Comment