Wednesday, December 31, 2014

Putin kurang pintar: Obama

OBAMA (kanan) ketika diwawancara stesen televisyen NPR. 
Putin kurang pintar: Obama | Harian Metro: "Washington: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata, rakan sejawatannya dari Russia Vladimir Putin melakukan kesilapan strategi apabila menguasai Crimea, langkah yang dianggap pemimpin Amerika itu sebagai ‘tidak begitu pintar.’

“Mereka yang menyangka Presiden Russia itu ‘genius’ terbukti salah dengan krisis ekonomi yang melanda Russia sekarang,” kata Obama.

Presiden Amerika Syarikat itu berkata demikian dalam satu wawancara panjang lebar dengan stesen televisyen NPR yang disiarkan semalam.

Beliau mengkritik penentang politiknya yang sebelum ini mendakwa beliau dikalahkan oleh Putin.

“Jika anda masih ingat tiga atau empat bulan lalu, ramai di Washington yakin Putin genius. Beliau mengalahkan kita semua dan beliau membuli serta melaksanakan strategi untuk meluaskan kuasa Russia,” katanya.

“Hari ini, saya dapat merasakan ada pihak, sekurang-kurangnya di luar Russia berpendapat apa yang dilakukan Putin itu adalah sesuatu yang kurang pintar,” katanya.

Obama juga berkata, sekatan yang dilakukan ke atas Russia kerana pembabitannya dalam hal ehwal dalaman Ukraine berjaya menjejaskan ekonomi Russia.

Keadaan ekonomi negara itu, katanya, menjadi lebih parah berikutan kejatuhan harga minyak.

“Apa yang kita miliki dan Russia tidak miliki ialah ekonomi yang dinamik. Mereka hanya bergantung kepada minyak sedangkan kita bergantung kepada minyak, iPad, filem dan apa saja yang anda boleh sebutkan,” kata Obama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:07 AM"



'via Blog this'

No comments:

Post a Comment