Serangan dron AS memusnahkan sebuah kediaman penduduk di wilayah Hangu, Pakistan pada 2013. - Foto AFP
Serangan dron AS memusnahkan sebuah kediaman penduduk di wilayah Hangu, Pakistan pada 2013. - Foto AFP
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Bekas pengendali dron tentera Amerika Syarikat, Brandon Bryant berkata, serangan udara yang dijalankan di beberapa buah negara umpama melepaskan batok di tangga.

Bryant yang berkhidmat selama lima tahun dalam Program Serangan Rahsia Dron AS di Afghanistan dan Iraq mengaku telah membunuh 1,600 orang kebanyakannya dijalankan 'tanpa kepastian yang lengkap.'

"Kami tidak nampak dengan jelas dan tidak pasti identiti orang yang kami tembak.

"Boleh dikatakan hampir setiap misi, kami hanya melihat bayang-bayang.

"Misi ini tiada pengawasan. Apa yang jelas, keseluruhan program bermasalah," katanya.

Bryant yang meletak jawatan pada 2011 turut mengemukakan permohonan maaf kepada keluarga mangsa serangan dron AS.

"Saya minta maaf dengan kesilapan yang berlaku. Saya melakukan apa yang terdaya untuk mengelakkan kesilapan daripada berlaku lagi," katanya,

Sejak 2001, AS melancarkan beberapa siri serangan dron di Yaman, Afghanistan, Pakistan dan Somalia. - Press TV