Facebook faktor ramai pasangan bercerai?
YORKSHIRE - BRITAIN. Tidak dinafikan lagi pengguna untuk berkongsi apa sahaja, tidak terkecuali luahan perasaan yang menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap orang lain di sekeliling mereka.

agi pengguna aktif  aktif laman sosial seperti Facebook, Twitter atau blogger, kebanyakan mereka cenderung untuk memiliki tabiat ini.

Bagaikan trending, laman sosial seperti Facebook kini dijadikan sebagai punca peningkatan jumlah perceraian antara pasangan suami isteri masa kini.

Menerusi statistik terbaru yang dikeluarkan sebuah firma guaman di Leeds menunjukkan data bahawa lebih 66 daripada 200 pasangan di England bercerai berpunca daripada Facebook.

Rakan kongsi firma undang-undang Lyn Ayrton, seperti yang dipetik menerusi portal berita Metro.co.uk menjelaskan, selain menjadi faktor perceraian, Facebook juga boleh dijadikan sumber bagi mendedahkan aktiviti atau maklumat peribadi yang dipaparkan oleh pasangan masing-masing.

“Sosial media bagaikan buku log kehidupan kita. Sebarang perkongsian, catatan, gambar serta rekod aktiviti boleh diambil daripada laman itu dan digunakan di mahkamah.

“Jika individu itu tidak berterus-terang dengan pasangannya mengenai kedudukan kewangannya. Kami boleh mengesan dan menjejak apa sahaja maklumat peribadi khususnya berkaitan kewangan untuk menjejaskan kredibilit pasangan di mahkamah,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, pengguna Facebook seharusnya lebih berhati-hati dalam mengawal selia privasi akaun sosial dari diceroboh oleh mana-mana pihak.