Wednesday, January 21, 2015

Bina rumah 75 hari

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

sitiaisyah@hmetro.com.my

Putrajaya: Kerajaan mengemukakan dua model binaan rumah bagi pembinaan semula kediaman penduduk yang rosak sepenuhnya akibat banjir di negeri yang terjejas bencana berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dua model binaan itu membabitkan rumah atas tanah dan rumah atas tiang setinggi lapan kaki dengan keluasan 660 kaki persegi.
"Rumah ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur, ruang makan, ruang tamu, dapur, tandas dan bilik mandi serta membabitkan kos bagi satu unit rumah RM48,000 tapi itu tidak termasuk infrastruktur tambahan.
"Tempoh pembinaan rumah untuk penduduk diharap dapat disiapkan dalam tempoh maksimum 75 hari," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Pelan Tindakan Pasca Banjir 2015 di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, sehingga hari ini, sebanyak 2,606 unit rumah mangsa banjir rosak sepenuhnya di negeri terjejas banjir dengan 2,374 unit rumah di Kelantan.
Katanya, jumlah rumah separa rosak direkodkan sebanyak 6,275 unit tetapi tidak termasuk di Kelantan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 7:01 PM


SATU daripada rumah yang bakal didirikan buat mangsa banjir.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25074#sthash.etreYDm3.dpuf

No comments:

Post a Comment