Friday, January 16, 2015

Dr Mahathir masih tidak puas hati dengan penjelasan 1MDB

Dr Mahathir masih tidak puas hati dengan penjelasan 1MDB

Dr Mahathir masih tidak puas hati dengan penjelasan 1MDB
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed masih tidak berpuashati dengan penjelasan yang dibuat oleh firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan pelaburan sebanyak RM8.3 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman, lapor Sarawak Report.



Dr Mahathir berkata penjelasan yang diberikan oleh 1MDB bahawa pelaburan tersebut telah diperolehi semula tidak memberi apa-apa pencerahan.



"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita. Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Satu bilion dolar; anda mesti simpannya di mana-mana.



"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan," katanya seperti dilapor Sarawak Report.



Sebelum ini, 1MDB membuat pengumuman mengenai pemerolehan semula dana tersebut selepas firma tersebut dilaporkan terlepas membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2 bilion (AS$563 juta) yang berakhir pada hujung Disember lalu.



Kontroversi mengenai 1MDB tercetus penghujung tahun lepas telah menyebabkan firma tersebut distruktur semula dengan pelantikan seorang ahli perbankan di Abu Dhabi, Arul Kanda sebagai presiden.



1MDB merupakan firma pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan telah dikritik hebat kerana pelaburan RM8.3 bilion di luar negara.



Dr Mahathir juga dipetik sebagai berkata beliau mempersoalkan penjelasan yang dibuat oleh 1MDB dan menganggap ia sebagai satu yang cetek.



"Saya mempersoalkan penjelasan itu, ia bukan sesuatu yang saya boleh terima. Ia adalah sangat cetek .



"Saya mempersoalkan penubuhan 1MDB dan bagaimana ia diuruskan. Mereka (pengurus) datang berjumpa dengan saya, tetapi mereka tidak dapat menerangkan bagaimana wang itu dikumpulkan dan mengapa loji kuasa telah dibeli pada harga yang tinggi dan komisen yang telah dibayar kepada Goldman Sachs.



"Saya tidak fikir bahawa ia berfungsi untuk apa-apa maksud. Itulah perbezaan saya dengan kerajaan. Saya tidak berpendapat bahawa adalah perlu bagi kita untuk mempunyai dana seperti ini.



"Kita telah melakukan cukup baik tanpa suatu kumpulan wang ... mereka mendapat wang untuk memberi pinjaman kepada Arab Saudi dan mereka mereka memasukkannya ke dalam dana lindung nilai.



"Kerajaan tidak perlu berjudi wang dalam dana lindung nilai," jelas Dr Mahathir.

No comments:

Post a Comment