Monday, January 12, 2015

'Jumpa nanti di mahkamah Allah', kata Zaidi selepas didakwa atas dua tuduhan


'Jumpa nanti di mahkamah Allah', kata Zaidi selepas didakwa atas dua tuduhan
ZAIDI: "Jumpa nanti di mahkamah Allah." - Foto Fail Bernama
KUALA LUMPUR: “Jumpa nanti di mahkamah Allah.”

Itu ungkapan yang dituturkan Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad selepas beliau didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.

Menurut laporan The Malaysian Insider, Zaidi menuturkan kata-kata itu apabila mahkamah rayuan membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan.

Menurut laporan itu lagi, Zaidi bercakap tanpa henti dan mahkamah yang terdiri daripada lima panel dan diketuai oleh Kolonel Saadon Hassan, telah mencelah dan menyuruhnya berhenti bercakap dan menghormati mahkamah.

"Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah," katanya.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 3 Mei tahun sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa telah melanggar para 13 Perintah Majlis Angkatan Tentera (Permat) no. 13 1961.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

Panel hakim itu melepas dan membebaskan Zaidi daripada lima pertuduhan lain setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kesprima facieterhadapnya.

No comments:

Post a Comment