Jutawan China, Wang Jianlin membeli 20 peratus pegangan saham Atletico Madrid dengan nilai RM 187 juta.
Jutawan China, Wang Jianlin membeli 20 peratus pegangan saham Atletico Madrid dengan nilai RM 187 juta.
JUTAWAN China, Wang Jianlin membeli 20 peratus pegangan saham kelab bola sepak Sepanyol, Atletico Madrid dengan nilai RM 187 juta.

Menurut Wang, pelaburan ini dilihat sebagai satu  peluang keemasan untuk pemain muda China bermain untuk kelab-kelab bola sepak Eropah yang terkemuka.

" Ia juga akan mengukuhkan kualiti bola sepak China dan merapatkan jurang antara negara lain di dunia. " katanya dalam satu kenyataan,

Memetik laporan BBC, pembelian ini boleh membantu menarik peminat baru dari negara Asia dan juga penaja dari China .

Terdapat satu trend di mana ramai jutawan Asia membeli pegangan saham kelab bola sepak Eropah.

Hartawan Malaysia Vincent Tan memiliki kelab Cardiff City , Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes miliki Kelab Queen Park Rangers (QPR) dan ahli perniagaan Singapura Peter Lim memiliki kepentingan Kelab Sepanyol, Valencia.