Keputusan itu diumumkan semalam ber­­ikutan kes seorang ta­hanan, Gregory Holt, juga dikenali se­bagai Abdul Maalik Muhammad yang mahu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa penjara untuk menyimpan janggut dua kali lebih panjang daripada yang dibenarkan mengikut peraturan penjara.
Dalam keputusan bertulis oleh hakim, Samuel Alito itu, mah­ka­mah memutuskan bahawa per­aturan penjara itu me­nafikan hak Perlem­bagaan yang dimiliki Abdul Maalik berhu­bung kebebasan ber­aga­ma.
Alito berkata, pegawai penjara telah memberi pilihan kepada tahanan sama ada dia mahu terlibat dalam tingkah laku yang melanggar kepercayaan agamanya atau melanggar polisi berkeadaan rapi dan berdepan tindakan disiplin.
Perbicaraan kes tersebut diadakan pada Oktober lalu dan menurut peguam Abdul Maalik, Eric Rassbach, keputusan mahkamah itu adalah kejayaan terhadap kebebasan beragama.
“Ini bukan sahaja kemenangan kepada seorang tahanan di penja­ra Arkansas, malah kepada setiap penduduk AS yang percaya dan mahukan kebebasan untuk mengikut ajaran agama.
“Keputusan Mahkamah Tinggi menunjukkan pegawai kerajaan ti­dak boleh mengenakan peraturan berhubung kebebasan agama hanya kerana mereka fikir kerajaan tahu apa yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebanyak 40 negeri dalam AS membenarkan tahanan penjara menyimpan janggut pendek dan Arkansas adalah antara 10 negeri yang mengenakan peraturan ketat terhadap perkara itu atas sebab-sebab keselamatan. – AFP