Obama lantik pengarah Perisikan Rahsia
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT.  Rumah Putih semalam memaklumkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melantik Joseph Clancy sebagai pengarah tetap Perkhidmatan Rahsia negara itu yang ditugaskan melindungi presiden.

Kelmarin, Obama memilih Clancy, veteran yang telah berkhidmat selama 27 tahun dalam Perisikan Rahsia, meskipun sebuah panel bebas mencadangkan jawatan itu diisi oleh calon daripada agensi luar.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih Josh Earnest berkata, Clancy mempunyai banyak kredibiliti yang dibina ketika berada di dalam agensi rahsia itu.

"Clancy menunjukkan daya kepimpinan terbaik sekali gus membuktikan beliau layak memegang jawatan itu," katanya.

Clancy, 68, menggantikan Julia Pierson yang meletak jawatan pada Oktober lalu. - Press TV