Saturday, February 21, 2015

Perancis gesa pemilik laman sosial perangi golongan ekstremis


PARIS – Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve menggesa syarikat-syarikat internet bekerjasama menentang fahaman pelampau melalui koordinasi lebih baik dalam usaha menentang propaganda pengganas di alam maya.
Beliau berkata demikian di Washington, sehari sebelum lawatan kerja ke San Francisco untuk bertemu pihak pengurusan Google, Facebook, Microsoft dan Twitter bagi mengajak mereka berkongsi tanggungjawab menentang ancaman puak pelampau.
“Kini, keganasan tersebar luas dan mudah didekati,” katanya pada hari terakhir satu persidangan antarabangsa dalam menentang keganasan puak pelampau.
Cazeneuve mengajak rakan-rakannya dari 60 negara yang menyertai persidangan itu agar menyelaraskan penentangan terhadap puak pelampau ke arah membentuk sebuah norma antarabangsa dalam menghapuskan bahan-bahan haram di internet.
Perancis sudah mempunyai undang-undang khusus yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menyekat laman web yang menyokong atau menyeru ke arah keganasan.
“Syarikat seperti Google, Microsoft, Twitter dan Facebook boleh mencari kaedah untuk menyaring bahan berbahaya tanpa menjejaskan kebebasan bersuara,” katanya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3SM6lSbH7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment