Wednesday, February 18, 2015

"Saya Tak Pernah Hantar Ishak Jumpa Anifah" - Anwar


Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 5:11 PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau tidak pernah menghantar bekas timbalan pengerusi KFC Holding (M) Bhd Datuk Ishak Ismail sebagai ejen untuk berjumpa Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan meminta beliau melompat parti.

Anwar juga berkata kali terakhir beliau berhubung dengan Ishak pada 2004 apabila Ishak bertemu dengannya di Munich, Jerman.

Beliau memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Anifah selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Menteri Luar itu untuk meminda pernyataan pembelaan tambahan berhubung dakwaan bahawa Anwar menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.

No comments:

Post a Comment