Friday, March 20, 2015

Mahkamah Tinggi benarkan Zizan ketepi injunksi sementara bekas pengurus

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan rayuan pelakon dan pelawak, Zizan Razak untuk mengetepikan perintah injunksi sementara diperoleh bekas pengurusnya, Marina Juki bagi menghalangnya daripada menandatangani kontrak baharu atau endorsmen dengan syarikat lain.
Keputusan itu dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar mahkamah, V Vanita di dalam kamar pagi ini.
Peguam Rishwant Singh yang mewakili Zizan ketika ditemui berkata, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan Zizan selepas mendapati Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam keputusannya pada 14 Januari lalu.
Mahkamah membenarkan rayuan itu dengan kos sebanyak RM8,000.
PELAKON dan pelawak, Zizan Razak.

No comments:

Post a Comment