Monday, March 23, 2015

Peguam ditahan berhubung kenyataan mengenai hudud


Peguam, Eric Paulsen. - Foto Abdullah Yusof
KUALA LUMPUR: Peguam, Eric Paulsen hari ini ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau di media sosial mengenai hukum hudud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata Paulsen ditahan di ibu negara pada kira-kira 5.30 petang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.
Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau undang-undang hudud yang terpakai kepada hanya orang Islam mukallaf jika ia dilaksanakan kelak di negeri itu.
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilaksanakan selepas diluluskan Parlimen. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment