Ricky Jackson
Jackson (tengah) yang meringkuk selama 39 tahun di penjara Ohio bakal terima pampasan berjumlah RM3.7 juta.
SAN FRANCISCO - CALIFORNIA. Seorang lelaki kulit hitam yang dipenjarakan hampir 40 tahun atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya bakal menerima pampasan berjumlah AS$1 juta (RM3.7 juta).
Mahkamah Tuntutan Ohio mengarahkan pampasan itu dibayar kepada Ricky Jackson.
Jackson, 57, dan rakannya Wiley Bridgeman, 60, dibebaskan tahun lalu selepas didapati tidak bersalah dalam kes pembunuhan seorang ahli perniagaan pada 1975.
Mereka dibebaskan apabila saksi utama pembunuhan itu mengaku berbohong dalam keterangannya pada 2013.
Peguamnya dari Innocence Project, Michele Berry berkata, seorang penasihat kewangan akan dilantik bagi membantu Jackson mengendalikan wangnya dengan berhemah. - Press TV