Saturday, March 14, 2015

Tiada pencabar jawatan presiden PAS setakat ini - Mustafa Ali



Datuk Mustafa Ali
KOTA BHARU: Setakat ini tidak ada ahli PAS yang menyatakan hasrat untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada Jun ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata mengikut perlembagaan parti itu, semua jawatan daripada presiden dan ke bawah terbuka untuk dipertandingkan dan ahli yang mendapat minimum dua pencalonan layak untuk menjadi calon.
"Pencalonan masih terbuka, kita tunggu pencalonan dari PAS kawasan-kawasan yang akan mengadakan mesyuarat agung masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Bulanan PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Abdul Hadi di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Semalam, Abdul Hadi menegaskan beliau bersedia dicabar dalam pemilihan parti itu pada muktamar berkenaan dan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2002.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment