Portal berita nypost.com me­laporkan, cadangan itu dikemukakan beliau kepada panel Perun­tukan Dewan kelmarin.
Bagaimanapun, usul tersebut menimbulkan kontroversi selepas kejadian memalukan ejen agensi itu merempuh penghadang di White House kerana mabuk, baru-baru ini.
“Anda mahu membina replika White House bernilai RM29.5 juta untuk latihan?” tanya anggota Kongres Texas, Henry Cuellar.
“Ya,” jawab Clancy.
“Saya bimbang mengenai perkara itu. Saya mahu menyokongnya, tapi saya bimbang mengenai replika White House bernilai tinggi itu,” tambah Cuellar.
Clancy berkata, kemu­dahan latihan Perkhidmatan Rahsia AS yang terletak di Beltsville, Maryland, kira-kira 32.18 ki­lometer dari bangunan White House yang sebenar, tidak memadai.
“Ketika ini kami berlatih di sebuah tempat letak kereta. Kami letakkan pagar buatan sendiri dan berjalan di luar jarak antara pagar di White House dan rumah itu sendiri. Kami tiada semak samun, air pancut. Kami tiada gambaran sebenar seperti di White House.
“Sehubungan itu, kami memerlukan replika White House supaya dapat menjalankan latihan bagi menjamin keselamatan kediaman rasmi Presi­den tersebut,” ujarnya.