Sunday, April 12, 2015

Hillary Clinton Akan Jadi 'Presiden Yang Cemerlang' - Obama


Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 9:28 AM
Obama (kiri) dan Clinton.

PANAMA: Hillary Clinton mampu menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang cemerlang, kata Barack Obama kepada pemberita pada malam Sabtu (pagi Ahad waktu Malaysia).
Obama menewaskan Clinton yang ketika itu mahu menjadi presiden AS wanita pertama dalam pencalonan parti pada 2008.
Obama kemudiannya memenangi semula dalam pilihan raya empat tahun selepas itu.
"Beliau (Clinton) merupakan seorang calon yang mantap pada 2008. Beliau seorang penyokong terbaik saya dalam pilihan raya umum. Beliau merupakan setiausaha negara yang cemerlang. Beliau adalah rakan saya.
"Saya rasa beliau boleh menjadi presiden yang cemerlang," kata Obama pada sidang serantau di Panama.
Beberapa laporan media AS memetik sumber dalam kempen pasukan Clinton berkata, bekas wanita pertama AS berusia 67 tahun itu kemungkinan akan mengumumkan pencalonannya untuk penamaan calon parti Demokratik pada Ahad. - AFP

No comments:

Post a Comment