Wednesday, July 1, 2015

Ceroboh sempadan

Nunukan, Indonesia: Seorang komander tentera Indonesia di Nunukan semalam mengesahkan sebuah helikopter awam dari Malaysia mendarat di wilayah Sebatik selepas gambar pesawat itu tersebar di Internet.
Kapten Suris Fiyanto yang bertugas di pos sempadan di kampung Aji Kuning mengesahkan helikopter berwarna putih itu mendarat di pad helikopter tentera di wilayah itu.
Katanya, helikopter itu pada mulanya dilihat berlegar di udara sebelum mendarat di satu pad pendaratan yang dikhaskan untuk helikopter tentera.
“Saya jelas melihat helikopter yang mendarat itu mempunyai nombor 9M-HM.
“Saya mengarahkan seorang anggota menghampiri helikopter itu untuk meminta juruterbangnya mematikan enjin.
“Bagaimanapun, juruterbang itu memberi isyarat supaya jangan rapat sebelum helikopter itu terbang semula dan menuju ke arah sempadan Malaysia,” katanya.
Ujarnya, pad pendaratan helikopter di kampung Aji Kuning itu hanya dikhaskan untuk pesawat tentera yang membawa bekalan untuk anggota tentera di sempadan.
Helikopter awam tidak dibenarkan mendarat di pad pendaratan berkenaan.
“Helikopter awam tidak boleh masuk ke sini tanpa kebenaran kegiatan ini menunjukkan pesawat itu telah menceroboh sempadan,” tegasnya.
Sebelum ini, gambar helikopter itu yang mendarat di pad pendaratan berkenaan sambil diperhatikan seorang anggota tentera tersebar di Internet.
Terdapat laporan helikopter berkenaan membawa rombongan menteri dari Malaysia yang melawat satu kampung yang terletak berhampiran sempadan Indonesia.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2015 @ 7:38 AM


GAMBAR yang tersebar di Internet ini menunjukkan sebuah helikopter awam dari Malaysia mendarat di pos kawalan tentera di Nunukan, Indonesia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61028#sthash.3MHRM8sr.dpuf

No comments:

Post a Comment