Tong Kooi Ong
Justo dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan The Straits Times dari Singapura mendedahkan beliau dijanjikan wang tunai itu sebagai pertukaran kepada maklumat berkaitan urus niaga syarikatnya.
Kooi Ong kemudiannya dalam satu kenyataan akhbar hari ini mengakui individu dimaksudkan Justo adalah dirinya dan menyatakan beliau menjanjikan bayaran itu sebagai helah untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB.
“Justo jelas adalah seorang lelaki pemarah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.
“Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.
“Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa,” kata Kooi Ong dalam kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE