Friday, July 3, 2015

Remaja selfie depan mayat datuk


AGENSI - SEORANG remaja merakam gambar selfie di depan mayat datuknya sehingga mencetuskan kemarahan ramai.


RIYADH - Seorang remaja di sini yang merakam gambar selfie dengan menjelir lidah di hadapan mayat datuknya mencetuskan kemarahan orang ramai selepas dia memuat naik gambar itu di laman sosial.
Remaja yang tidak didedahkan identitinya itu meletakkan kapsyen gambar tersebut ‘Selamat Tinggal Datuk’.
Gambar yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit di sebuah hospital menunjukkan dia duduk bersebelahan dengan mayat datuknya yang terlantar di atas katil sambil menjelirkan lidah.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Awam dan Media di Madinah, Abdul Razak Hafedh berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
“Pihak berkuasa kesihatan di Madinah sedang menyiasat kejadian itu sama ada gambar itu dirakam di hospital atau sebaliknya.
“Jika didapati bersalah, remaja berkenaan akan dikenakan hukuman tegas kerana melakukan perbuatan yang tidak bermoral,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0703&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3em7uJtaG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment